Wednesday, December 29, 2010

Tips Masakan

EMPUKKAN DAGING
Apabila memasak daging dengan suhu tinggi, daging kadangkala tidak empuk.Merebus daging dengan suhu tinggi,cenderung membuat air perebus cepat menguap.Hasilnya, air perebus kering sebelum daging masak lebih dulu padahal bahagian dalam belum. Bagaimanakah caranya untuk empukan daging?
Jika menggunakan pressure cooker, wap air panas inilah yang berkekuatan menekan sehingga memecah serabut daging. Daging akan masak dengan empuk. Jenis masakan tertentu, memerlukan prosses paduan kimiawi tertentu daripada bahan-bahanya. Jika tekanan wap terlalu besar, maka proses terganggu dipercepat dan citarasa berubah. kerana itu kadangkala penutup pressure cooker, harus segera dibuka, ertinya tekanan dikurangkan mendadak.
 Sebaliknya ada hidangan yang prosesnya malahan harus perlahan-lahan dalam suhu bilik.Sebagaimana anda ketahui, sebenarnya memasak itu proses kimiawi. lemak dari tubuh daging lembu, memang berbagai jenis. Ada yang hampir dengan kulit, ada yang bersebelahan dengan tulang ada yang diantara daging. Tentu saja ramuannya berlainan dan rasanya pun sesuai;mengikut citarasa.



ELAK AYAM HANYIR
Kadangkala apabila and masak ayam, hasilnya masakan anda masih lagi hanyir. Barangkali anda tertanya-tanya bagaimana untuk menghilangkan bau itu?
Mudah sahaja, anda hanya perlu melumurkan dua sudu cuka kepada ayam dan biarkan selama sejam. Segala lendir yang menyebabkan hanyir itu akan hilang. Selepas itu basuh bersih dan masaklah makanan mengikut citarasa anda.
Kalau tiada cuka bagaimana? Lumurkan ayam dengan tepung gandum.biarkan untuk sehingga 15 minit. selepas itu basuh bersih ayam dan bolehlah dimasak.



KENTANG LEBIH BERCITARASA
Apakah anda gemar memasak rendang dengan kentang? Ada mmasanya kentang yang anda masak itu tidak terasa perencah rendang. Anda pasti tertanya-tanya, tentang faktornya?
Untuk mengelakan perkara itu berlaku lagi, anda hanya perlu memilih kentang yang sederhana saiznya dan kupas kulit. Selepas itu ramas kentang di dalam hampas kelapa.masaklah rendang dan apabila santan sudah separuh masak, masukkan kentang. Gaulkan kesemuanya dan pasti apabila rendang masak. perisa rendang akan turut meresap ke dalam kentang juga.
 
Copyright Selamat Datang 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .